‘Wah,Mama!! Dani dapat tawaran mama!!”Jeritku setelah ku buka envelop yang baru kuterima.Puas hati ini setelah lamaku menantikannya.Hari ini aku Nur Dania binti Salleh telah berjaya mendapat tawaran untuk menjadi salah seorang pelajar di institusi pelajaran MRSM Taiping.Hatiku menangis kegembiraan kerana walaupun keputusan aku agak cemerlang tetapi peluang untuk diterima ke MRSM amat rendah terutamanya bagi kaum hawa sejenis denganku.Hal ini kerana kini ramai kaum hawa sudah mengungguli aspek kehidupan menjadikan peluang dalam sesuatu perkara nipis berbanding kaum Adam.Kupeluk erat-erat tubuh mamaku tanda kegembiraan yang teramat.Titisan air mata boleh dilihat menggenangi mata mama yang turut terharu mendapat berita gembira itu.
Masih berdebar-debar hati ini memikirkan surat yang semalam aku terima.Teringat lagi semalam, selepas solat maghrib papa dan mama berbincang denganku perihal tawaran yang baru aku terima.Papa nampak tenang dan agak menyokongku untuk menerima tawaran tersebut manakala mama amat berat hati untuk memutuskan keputusan.Aku sedar jauh di sudut hati mama berat melepaskan anak tunggalnya pergi meninggalkannya kesunyian.Akhirnya berbekalkan kehendakku yang bergelora untuk menuntut di sana, mama dan papa sepakat dan bersetuju untuk membenarkan aku menuntut di sana.Walaupun keinginanku untuk belajar di sana membuak-buak tetapi aku agak kaget dan gentar untuk bersekolah di sana.Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan walau sehari dengan keluargaku.Aku sentiasa dimanja dan boleh dikatakan anak emas keluarga Encik Salleh.Aku tidak dapat membayangkan keadaan aku ketika di sana nanti.Hal ini yang merunsingkan aku sehingga aku tidak dapat tidur nyenyak malam semalam.Lantaran itu pagi ini mataku lebam ala-ala beruang panda menyebabkan papa merenungku ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Kakiku terasa longlai ketika tiba di sekolah.Aku menuntut di sebuah sekolah harian yang cukup ternama di arena pelajaran tanah air.Tulisan besar gah”Sekolah Menegah Kebangsaan King George V”pada gerbang masuk pintu sekolah itu lama aku renungkan.Ya ,aku seorang Georgian tetapi itu tidak akan berpanjangan lagi.Georgian ,aku cukup bangga mendengar nama itu.Teringat lagi kenangan apabila aku terpilih untuk menuntut di KGV.Mendengar sahaja nama KGV seluruh keluargaku kagum denganku.Yalah aku akan bersekolah di sebuah sekolah harian yang cukup terkenal.Sekolah ini mempunyai banyak keistimewaannya sendiri.Papa dan mamaku juga bersekolah di sini.Aku seperti mewarisi tradisi untuk terus menuntut di SMKKGV.Kuteringat lagi, banyak suka dan duka yang aku lalui sepanjang aku bersekolah di sini.Yang pahit tak perlu dikenang,yang manis jadi kenangan.Tetapi kini aku akan pergi.Kurasakan permergianku ini seperti mengkhianati sekolahku sendiri.”Aku akan berpindah sekolah bukan kerana sekolah aku ini tidak bagus tetapi adalah untuk menimba pengalaman dan peluang yang akan dapat aku perolehi jika aku menuntut di MRSM”kata hatiku yang tetap berpendirian begitu.Kuteruskan langkah beratku ini menuju ke kelas.Entah mengapa terasa agak jauh pula hari ini untuk tiba ke 4 Alauddin, salah satu kelas aliran sains tulen di KGV.Kelihatan kelibat gadis kecil molek sedang duduk membaca tekun membaca buku semasa aku mula masuk dari pintu kelas. “Amira”, sapaku perlahan.Dia tersenyum melihatku.Aku tidak membalas senyumannya. “Kenapa ni Dania, awak nampak murung je?awak tak sihat ke?”Tanya Amira dengan penuh prihatin.Hatiku ini lantas ketawa kecil melihat fiil rakan karibku ini yang selalu mengambil berat terhadapku.Amira dan Dania, sesiapa sahaja yang mengenali kami akan mengatakan kami ini semacam belangkas.Sejak dari tingkatan satu lagi aku berkawan dengan Amira dan ternyata hubungan kami amat akrab dan erat sehingga kini.Aku dengan berat membalas pertanyaannya “Amira,saya ada sesuatu nak beritahu awak…saya …sa..ya dapat tawaran ke MRSM Taiping.”Pada mulanya Amira seperti tersentak mendengar khabar itu tetapi dia akhirnya membalas dengan senyuman “Wah ! syukurlah..tahniah Dania…!Tahniah..! Jadi kenapa awak mencuka saja ni?” “Entahlah Amira pada mulanya saya amat gembira..tapi setelah berfikir semula saya sedikit runsing untuk menerima tawaran tersebut”,jawabku.Amira kemudian menjawab “La awakkan dapat tawaran ke MRSM …awak tahukan betapa sukarnya untuk mendapat tawaran tersebut!Apa yang awak runsingkan…Ada baiknya kalau awak pergi dan saya yakin masa depan awak akan cerah nanti”. Mendengar kata-kata Amira hatiku berasa lega sedikit.Memang betul kata Amira MRSM memang menjaminkan masa depan penuntutnya dengan peluang-peluang untuk menuntut ke luar negara di samping jaminan pembelajaran yang cemerlang.
Amira hatiku berasa lega sedikit.Memang betul kata Amira MRSM memang menjaminkan masa depan penuntutnya dengan peluang-peluang untuk menuntut ke luar negara di samping jaminan pembelajaran yang cemerlang.
Cepat sahaja berita ini tersebar hangat macam gosip-gosip artis di rancangan Melodi yang selalu aku tonton.Sudah kelu mulut ini membalas ucapan tahniah yang bertubi-tubi diajukan padaku.Ada yang menyokong searatus peratus keberangkatanku untuk pergi tetapi ada pula yang melarang aku pergi dengan cerita-cerita yang kurang sesuai untuk halwa telinga.Salah satunya dari Asyraf ,seorang murid yang suka mengusik murid perempuan.Setiap hari ada saja murid perempuan yang diusiknya sehingga pernah sekali dia dikejar sepanjang blok oleh seorang budak perempuan kerana kadangkala usikannya itu tiada “berinsuran” .Walaupun begitu dia sebenarnya baik hati bagi kami pelajar 4 Alauddin yang sudah masak dengan perangainya itu.”Wei habislah kau Dania kena buli kat sana …nanti!!”usik Asyraf.Sebelum ini aku sudah lali dan tidak kisah akan gurauannya itu tetapi entah mengapa kali ini aku agak terkedu dengan usikannya itu.Memang benar sekolah berasrama penuh dengan budaya buli tetapi kini budaya itu semakin pupus dalam kalangan pelajar kerana mereka sibuk belajar berbanding membuang masa begitu.Aku tetapkan fikiran aku begitu.Guru-guru juga sudah maklum tentang perihalku itu.Guru kesayanga ku Pn.Nora memberikan seribu galakan kepadaku selain guru lain yang turut memberikan reaksi yang sama. Aku memang rapat dengan Cikgu Nora dan kerana dialah aku cemerlang dalam PMR tahun lepas.Dia yang banyak membimbing dan menyedarkan aku bahawa PMR itu penting untuk masa depan ketika aku terleka semasa tingkatan tiga terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu yang ternyata sudah menjadi subjek kegemaranku.
Beberapa hari lagi aku akan berangkat ke sana.Hari demi hari berlalu dengan pantas.Hubungan aku dengan rakan sekelasku terutamanya Amira semakin kurasakan bermakna. Entah mengapa segalanya dirasakan indah.Asyraf dan budak-budak lelaki lain turut bersama-sama menceriakanku dedngan usikan dan hilai tawa.
Hari terakhir sudah tiba.Aku amat berat ke sekolah pada hari itu.Ku rasakan amat perit untuk meninggalkan nama Georgian itu.Berbekalkan sedikit keyakinan, kuhadapi hari itu dengan senyuman.Aku tidak mahu orang lain bersedih apabila melihat diriku muram mencuka.Amira pula hari ini kelihatan kurang ceria dan lincah seperti hari-hari sebelumnya.Hatiku ini seperti dapat merasa betapa sedihnya dia dikala pemergianku ini.Setelah aku pergi nanti,tinggallah dia seorangan tanpa teman berkongsi suka dan duka.Dahulunya, kepadaku lah tempat dia mengadu,aku juga tempat dia menceritakan masalahnya.Kami saling bercerita tatkala di sekolah mahupun sekadar di telefon.Jikalau sehari aku tidak berjumpa dengannya kurasakan ada sahaja yang tidak kena.Kuberanikan mulutku untuk berkata “Amira awak janganlah bersedih.
Nanti saya telefon awak ya…saya juga akan melawat awak bila saya balik..”.Ternyata kata-kataku itu membuahkan hasil.Dia tersenyum lalu memelukku. “Saya harap awak takkan lupakan saya ketika berada di sana …awaklah kawan baik saya Dani!!”Sepanjang hari itu aku hayati dengan penuh tumpuan.Sehinggakan subjek yang aku agak benci subjek sejarah yang paling membosankan aku terasa amat menarik.Subjek terakhir adalah subjek yang diajar oleh Cikgu Nora,tetapi hari ini aku bingung kerana dia kelihatan sugul sedikit ketika masuk ke dalam kelas.Selalunya dia kelihatan ceria apabila masuk ke kelas kami.Hari ini dia masuk dan duduk diam membisu.Kemudian barulah dia tersenyum “Awak semua hari ini awak tahukan ada di antara kita akan berpindah ke tempat lain…jadi saya nak hari ini kita bersama-sama meraikan beliau sebelum pemergiannya.”. Aku diam seribu bahasa.Ternyata aku tidak sangka guru yang begitu tegas begitu sanggup mengorbankan masa mengajarnya untuk aku.Rakan yang lain dan Cikgu Nora tidak henti-henti memberikan aku semangat dan kata-kata galakan.Semangatku kembali membuak dan menyala-nyala.
“Kring”,Tersentap jantungku pabila mendengar bunyi itu.Kebiasaannya bunyi itu lah menjadi penantian murid termasuk aku terutamanya ketika guru matematik tambahan sedang berceloteh tentang formula-formula yang sukar difahami.Aku tetap mendiamkan diri,rakan yang lain semuanya telah pulang setelah mengucapkan selamat jalan kepadaku.Kini tinggal aku berdua dengan Amira. Lidahku kelu bagi menyebut sebarang kalimah.Tiba-tiba Amira memeluk erat tubuh badanku ini.Aku juga turut merasa sebak sepertinya.Berjujuran air mata membasahi pipi kedua kawan baik ini.Berat sekali untuk mereka berpisah setelah empat tahun bersama sebagai kawan baik.Akhirnya aku leraikan pelukan rakan baikku itu.Cukuplah sudah tangisan dan ratapan itu.Aku tidak mahu bersedih lagi.Kukata padanya yang aku pergi untuk kebaikan diriku juga.Ku ucapkan selamat tinggal padanya dengan berat hati.Lalu kupercepatkan langkah ini meninggalkan Amira.Tak sanggup lagi rasanya menunggu di situ kerana semua ini akan menjadi kenangan.Mulai esok tiada lagi senyuman Amira dalam kamus hidupku.Tiada lagi usikan Asyraf menghiburkan rutin harianku.Segala ini akan menjadi kenangan.Kenangan sepanjang aku bersekolah di sini.Kenangan aku suka dan duka bersama sebagai Georgian.Ku kuatkan azam dan semangatku.Aku tatapi bangunan lama yang menjadi mercu tanda King George V buat kali terakhir sebagai penuntut di sini.Di sinilah aku bermula sebagai seorang Georgian dan menempuh pahit manis kehidupan selama 4 tahun yang penuh bermakna…………tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku rasa bukan di sini titik noktah aku berakhir sebagai Georgian.Aku akan tetap Georgian walau dimana aku berada.
Aku, Georgian selamanya… |