Teman

Anis Fasihah bt Azmi

Teman,
Dahulu aku keseorangan,
Mengharungi hidup penuh dugaan
Terkontang-kanting di tengah jalan,
Kadang-kala menangis keseorangan

Teman,
Kau hadir membawa secebis harapan,
Bersamaku mengutip serpihan-serpihan semangat,
Agar aku kembali berdiri,
Tanpa mengenal apa itu halangan

Teman,
Kini aku gagah berdiri,
Tanpa bantuan sesiapa lagi,
Segala ajaran yang telah kau berikan,
Bukan erti halangan yang kukenali,
Tetapi kejayaan milikku kini,
Terima kasih,wahai teman.

<< back to top

<<back to menu

PERUTUSAN PENGETUA

 

Pautan Luaran

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Edu Web TV

Kementerian Pelajaran Malaysia


Pautan Dalaman

Kelab Pencegahan Jenayah

Ragbi

PBSM

 

Bookmark and Share  

Creative Commons License
King George V Secondary School is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at www.smkkgv.edu.my.

© 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan King George V. All Rights Reserved.
Search powered byGoogle