WARKAH PEJUANG BANGSA

Mohd Andi Kasri

Jika diselak kembali,
lembaran nan silam,
episod kebebasan  
Titik permulaan kita,
mengenal
Muqadimah kemerdekaan.     

Parah dan ranjau menghimpit,
darah pejuang tak jemu menitik
tangisan menjadi kebiasaan
jeritan tak pernah lekang.
kejaman dan keganasan,
tunjang kehancuran.

Parajurit terus berkeringat,
strategi pintar berputar lingat   
Tak kenal erti kalah,
semangat tak pernah bungkam,
Kebebasan harus digapai       
Walau seperit mana
Bagi menggarap,    
Kemerdekaan yang didamba. 

Kemerdekaan yang digenggam,
penuh sejarah kelam
pedih, perih, duka, sengsara,
menjadi rencah kemerdekaan.
Dengan berkat Rabbul – Izzati
Malaysia Merdeka!
                                                               
Namun kini,                                             
kita semakin ghaflah.                               
Anak-anak pasca merdeka,
terus alpa
Dek mengejar daki modenisasi
Kemerdekaan,
terkujur sepi.

Manifesto barat makin mencerlang
Penjajah barat
Terus berpesta,
Terus bermadah.
Polemik dunia
Ubah segala!
Ah ! Kita dijajah semula!
Akal dan minda,
sasaran perdana
Musnah segala!

Wahai anak merdeka,
sedarlah!
Lunasi amanat,
tegakkan syariat
Tanah ini milikmu!

Biarkan bumi ini merdeka
Dengan ilitizam yang jitu
bangkitkan kembali,
semangat kemerdekaan
Moga kejayaan bangsa,
Terus ditempa.Oleh,
Namun kini,                                             
kita semakin ghaflah.

<< back to top

<<back to menu

PERUTUSAN PENGETUA

 

Pautan Luaran

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Edu Web TV

Kementerian Pelajaran Malaysia


Pautan Dalaman

Kelab Pencegahan Jenayah

Ragbi

PBSM

 

Bookmark and Share  

Creative Commons License
King George V Secondary School is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia License.
Based on a work at www.smkkgv.edu.my.

© 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan King George V. All Rights Reserved.
Search powered byGoogle