Ucapan Pengetua

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan menjadikan fungsi sekolah kini bukan lagi dilihat sebagai pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Dimensinya mencakupi ruang lingkup yang lebih luas. Sekolah perlu melaksanakan pendekatan yang berkesan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada stake holder bagi memastikan kelangsungan tradisi kecemerlangan akan terus terpelihara.  Hal ini menuntut semua pihak khususnya warga pendidik untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

 

         Laman sesawang ini memuatkan tatacara dan prosedur   pengurusan dan pentadbiran sekolah meliputi  pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dari segi struktur organisasi, bidang tugas , dan perancangan program mengikut unit, panitia atau bidang masing-masing. Bagi menjelaskan lagi tatacara dan prosedur pelaksanaan tugas, pekeliling atau surat siaran yang berkaitan turut dimuatkan dalam buku ini agar semua pihak mendapat maklumat yang tepat berkaitan tatacara pengurusan dan pentadbiran. 

 

         Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jawatan kuasa laman sesawang SMK King George V 2017 atas usaha dan kejayaan mengemaskini maklumat tahun ini. Diharapkan agar maklumat yang dimuatkan dalam laman sesawang ini akan sentiasa dijadikan paduan kepada semua warga Georgian dalam melaksanakan tanggungjawabdengan berkesan.

 

Sekian,  terima kasih.

Tn. Hj. Mohd Razib Bin Jamaludin

Pengetua

SMK King George Ke-V

Seremban

Falsafah Sekolah

Semua insan boleh dididik ke arah kecemerlangan

Joomla templates distributed by JoomlaShine