Prakata

 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

Pada penghujung tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjenamakan semula Tingkatan Enam dan STPM / STAM bagi menggalakkan lebih ramai murid mengikuti pilihan kelayakan tersebut. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan Enam setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta. Sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam akan diberi kuasa membuat keputusan bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengupayakan pelajar menjadi lebih bersedia bagi kemasukan keuniversiti.

 

       Langkah yang diambil termasuk melonggarkan syarat bagi murid Tingkatan Enam dalam pemakaian pakaian seragam sekolah, membenarkan mereka menubuhkan Majlis murid Tingkatan Enam yang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mengenai aspek persekolahan mereka (kebajikan pelajar dan pelbagai aktiviti kokurikulum), dan memperkenalkan modul yang memerlukan pelajar menjalankan penyelidikan kendiri atau bekerja dalam kumpulan untuk menjalankan kerjap rojek tertentu secara individu atau pun berpasukan.

 

       Untuk mencapai hasrat ini, pengurusan modal insan di peringkat pelaksana juga perlu melakukan anjakan seiring dengan transfomasi yang dilakukan. Selain itu, pengurusan di Tingkatan Enam juga perlu mengalami perekayasaan agar natijah akhir transformasi ini dapat dicapai. Laman sesawang Prauniversiti SMK King George V Tahun 2017 ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua warga Georgian untuk melaksanakan pengurusan yang  berkesan.

 

 Kudatang, Kulihat, Kutawan.

 

MD NAZRI BIN RAHIM

Penolong Kanan Tingkatan 6

SMK King George V

Seremban

 

1 Januari 2017

Falsafah Sekolah

Semua insan boleh dididik ke arah kecemerlangan

Joomla templates distributed by JoomlaShine