Majlis Perwakilan Pelajar SMK King George V

PENGENALAN

 

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu badan pemimpin pelajar yang menjadi landasan bagi semua pelajar menyalurkan maklumat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau landasan bagi pihak atasan menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan disiplin pelajar Amnya dan Kokurikulum Khasnya. Majlis Perwakilan Pelajar mula diperkenalkan di Unit Tingkatan 6 SMK King George V,Seremban pada tahun 2012 yang telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Abdul Rahman Bin Juri iaitu mantan Penolong kanan Tingkatan 6 SMK King George V,Seremban yang telah bersara pada tahun 2016. Majlis Perwakilan Pelajar diwariskan melalui pilihan raya yang dijalankan setiap kemasukan pelajar baru.

 

 

 

TUJUAN DAN FUNGSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

 

  • Untuk memupuk kemahiran dan semangat dalam berkerjasama dalam suatu perbadanan dalam kalangan pelajar Pra-Universiti SMK King George V,Seremban
  • Tertakluk kepada arahan guru penasihat dan Unit hal ehwal pelajar untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kokurikulum,aktiviti kerohanian dan keagamaan,kebajikan dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan pelajar.
  • Untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Guru Penasihat atau Unit hal ehwal pelajar dari semasa ke semasa.
  • Menjadi "Role Model" dan contoh kepada pelajar-pelajar Tingakatan 6 SMK King George V, selaras dengan usaha unit Hal ehwal pelajar dan Pihak pengurusan untuk menyelesaikan sebanyak mungkin isu disiplin dan hal ehwal pelajar. MPP juga menjadi contoh dalam memastikan suasana di kalangan pelajar menjadi lebih kondusif.

 

 

PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN

  • Pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6,SMK King George V,Seremban adalah berdasarkan ;

a)      Budi Bicara Guru-Guru dan Guru Penasihat

b)      Sahsiah yang terpuji dan diiktiraf oleh guru-guru

c)      Mempunyai Semangat dan keupayaan untuk memimpin dan bekerja dalam kumpulan dan organisasi.

d)      Fleksibel dalam segala arahan yang diberikan oleh Guru Penasihat dan Unit Hal Ehwal Pelajar Tingkatan 6 SMK King George V.

  • Perlantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar diajalankan melalui pilihan raya dimana semua pelajar 6 Atas dan 6 Bawah termasuk para guru mengundi dan memilih Ahli-Ahli pada suatu hari yang ditentukan oleh Guru Penasihat.
  • Perlantikan dan pilihan raya dijalankan selepas penamatan tempoh Majlis Perwakilan Pelajar yang sebelum secara rasmi.

Tempoh Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Adalah Selama Satu Tahun (2 Penggal)

Falsafah Sekolah

Semua insan boleh dididik ke arah kecemerlangan

Joomla templates distributed by JoomlaShine